seni
Catan
ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau
atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan
membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya
pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah
catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat
mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan
fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis
di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan
tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan
catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark
dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun
1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen
yang banyak menggunakan media cat air.